BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

DATUK DAN NENEK

SITUASI
Situasi berikutnya berlaku semasa saya sedang melayari internet. Ketika itu, saya sedang mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Setelah beberapa lama mencari, akhirnya saya menjumpai satu laman web (http://www.slideshare.net/HaafizuddinZainudin/perkembangan-bahasa-melayu-moden)
 yang memaparkan slide hasil tugasan seseorang. Slide itu sedikit sebanyak mengandungi maklumat berkaitan dengan tugasan saya. Namun begitu, pada satu slide , terdapat satu perkataan yang janggal kita gunakan iaitu datuk moyang.


ULASAN:
Berdasarkan situasi di atas, perkataan datuk moyang sememangnya janggal digunakan. Kebiasaannya kita menggunkan perkataan nenek moyang bagi menggambarkan sesuatu benda yang berasal daripada keturunan kita dahulu kala. Kedua-dua perkataan tersebut sememangnya mempunyai makna yang sama tetapi kebanyakan daripada kita menggunakan perkataan nenek moyang dan jarang sekali menggunakan perkataan datuk moyang. Oleh itu, terpulang kepada individu masing-masing untuk menggunakan perkataan yang mana satu dan apa yang penting kita mengtahui maksud perkataan tersebut agar bersesuaian dengan ayat yang kita gunakan.

0 comments: