SITUASI
Di sini bermulanya sebuah kisah:
Ketika saya sedang asyik mengemas kotak buku simpanan saya dari semester satu hingga lima, saya terpadang satu cakera padat (CD) yang terselit dalam buku Morfologi saya. Pada bahagian atas cakera padat itu ditulis ‘koleksi gambar’. Saya pun dah lupa bila masanya saya menyimpan cakera padat tersebut dan apa kandungan di dalamnya. Lantas saya bergegas ke meja dan membuka laptop saya untuk menyiasat kandungan cakera padat tersebut. Manalah tau berguna untuk tugasan saya. Apabila saya membukanya dalam laptop rupa-rupanya cakera padat itu mengandungi gambar-gambar. Namun begitu yang menarik perhatian saya ialah ada sesetengah daripada gambar tersebut melucukan kerana ejaan yang digunakan adalah salah. Contohnya gambar di bawah:
ULASAN:
Berdasarkan gambar di atas, saya dapati masih banyak lagi kesalahan berikut berlaku di luar sana. Seperti di atas, perkara surah disalah eja menjadi surat (membawa makna yang berbeza daripada makna asal). Banyak kesalahan ejaan dilakukan terutamanya pada papan tanda, nama-nama premis dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga ejaan tersebut yang masih diguna pakai terutamanya nama bagi sesuatu tempat. Sebagai contoh Yan Kechil, Kota Bharu, Pasir Puteh dan lain-lain lagi. Contoh-contoh lain adalah seperti berikut:
Bharu=baru
Puteh=putih
Kampong=Kampung
Kechil=Kecil
Orang2=Orang-orang
Orang-orang tua seperti datuk dan nenek kita masih lagi menggunkan ejaan di atas. Namun begitu, kita generasi zaman sekarang menerima pendidikan yang terbaru seharusnya tidak melakukan kesalahan ini. Sayangilah bahasa kita.
0 comments:
Post a Comment