Hari ini saya ke bilik salah seorang pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk bertanya tentang tugasan yang diberikan oleh beliau. Pada masa itu, pensyarah tersebut bertanya tentang perkembangan tugasan yang telah dihasilkan oleh saya. Di bawah adalah jawapan yang saya berikan kepada beliau.
Saya: Emmm...buat masa ni saya rasa dah separuh siap kot. Mungkin minggu depan siaplah kot.
Setelah mendengar penjelasan daripada saya, pensyarah tersebut menegur cara percakapan saya. Menurut beliau, sebagai seorang guru saya tidak seharusnya menggunakan perkataan emmm, lah, kot dan mungkin. Tambah beliau lagi, saya seharusnya membaiki bahasa saya agar tidak mendatangkan masalah apabila saya menjalani latihan mengajar di sekolah kelak.
ULASAN:
Berdasarkan teguran yang diberikan oleh pensyarah itu, saya telah menyedari kesalahan yang telah saya lakukan. Selama ini, kita tidak sedari bahawa kita telah melakukan kesalahan berikut kerana sememangnya percakapan sebegitu telah menjadi trend atau gaya dalam masyarakat Melayu. Menurut pensyarah tersebut, percakapan yang diselang-seli dengan perkataan emmm, lah, kot dan mungkin boleh menyebabkan orang ramai akan hilang keyakinan terhadap kita. Seolah-olah jawapan yang diberikan oleh kita tersebut belum tentu betul atau salah. Oleh sebab itu, sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya melatih diri kita agar tidak menggunakan perkataan ini kerana ia boleh menyebabkan pelajar kita hilang keyakinan kepada kita.
0 comments:
Post a Comment