SITUASI:
"Tuan dan puan diminta untuk menderma bagi membantu menyiapkan masjid"
Ketika berhenti solat Zuhur di sebuah masjid di Kuala Krai, saya terlihat kata-kata di atas ditulis di atas papan kayu dan digantung pada bahagian atas di pintu utama masjid tersebut.
ULASAN:
Kata-kata di atas sememangnya biasa dilihat di masjid atau surau-surau. Namun begitu, kata-kata tersebut menarik perhatian saya kerana bahasa yang digunakan tidak gramatis dalam konteks maksud ayat tersebut. Hal sedemikian kerana, saya merasakan maksud asal kata-kata tersebut ialah meminta derma atau sumbangan bagi menyiapkan masjid tersebut. Namun begitu, berdasarkan ayat tersebut, maksudnya telah berubah iaitu seperti memaksa orang ramai untuk menderma. Oleh sebab itu, kita seharusnya bijak menyusun kata-kata agar tidak disalah tafsir oleh orang ramai.
Saturday, February 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment