SITUASI:
Hari ini saya dan rakan-rakan saya ke pasar malam Tanjong Malim. Kami berborak-borak kosong sepanjang perjalanan kami ke pekan Tanjong Malim. Namun begitu, ayat yang digunakan oleh rakan-rakan saya telah menarik minat saya untuk dikongsi dalam ruangan ini. Antara perbualan tersebut:
X : Panasnya cuaca hari. Mungkin nak hujan kot.
Y : Sib baik aku bawak payung. Alah cam mak aku kata la sediakan payung sebelum hujan..haha
Di bawah pula merupakan dialog yang digunakan kami setelah tiba di Pasar Malam.
Saya : Ish ramainya orang. Nak jalan pun xleh.
X : Ish tak berkenan la tengok makanan. Borim la asyik makanan sama jer. Kalau pasar malam kat tempat aku, pergilah hari-hari pun tak jemu langsung.
Y : A’ah lah tau tak pe. Orang kata apa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri kan.
(Kami semua tergelak kerana tidak sangka begitu banyak peribahasa yang kami gunakan pada hari ini).
ULASAN
Peribahasa merupakan salah keunikan dan keistimewaan masyarakat Melayu. Peribahasa juga menggambarkan perwatakan masyarakat Melayu yang bersopan santun. Hal sedemikian kerana, mereka menggunakan peribahasa bagi menggambarkan sesuatu atau bertujuan untuk menyindir dengan cara yang lembut. Walaupun peribahasa yang digunakan oleh kawan saya tidak sesuai dengan ayat yang digunakan namun maksud yang hendak disampaikan itu jelas dan sesuai dengan perkara yang digambarkan. Kita seharusnya memelihara keunikan bahasa kita agar ia tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana, pada zaman sekarang generasi muda tidak memahami maksud sesuatu peribahasa bahkan tidak pernah mendengar sesetengah peribahasa yang jarang digunakan. Seharusnya mereka perlu mempraktikkan peribahasa tersebut dalam perbualan harian mereka agar perkara tersebut menjadi suatu kebiasaan.
0 comments:
Post a Comment