SITUASI
Situasi ini berlaku antara saya dengan penduduk kampung saya. Saya memanggilnya dengan gelaran Mak Tua. Ketika sedang bercakap dengan Mak Tua, beliau menceritakan tentang kebakaran yang pernah berlaku di kampung berdekatan. Menurut Mak Tua, mangsa kebakaran tersebut tinggal sehelai sepunggung dan tidak dapat menyelamatkan barangannya.
ULASAN
Berdasarkan perbualan antara saya dan Mak Tua itu, saya dapati Mak Tua telah menggunakan perumpamaan yang salah iaitu sehelai sepunggung. Perumpamaan yang sebetulnya ialah sehelai tiada apa-apa yang tinggal atau diselamatkan melainkan dirinya sendiri. Perumpamaan ini tidak boleh diubah kerana sebagaimana yang saya pelajari, perumpamaan terkandung di bawah peribahasa. Peribahasa itu sendiri membawa maksud susunan kata yang tidak boleh diubah dari segi susunan kata atau perkataannya. Oleh sebab itu, sehelai sepinggan tidak boleh diubah menjadi sehelai sepunggung kerana perkataan tersebut mungkin boleh membawa maksud yang berbeza daripada maksud asalnya.
0 comments:
Post a Comment