BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

BAHASA MODEN

SITUASI
Ketika sedang menunggu lif untuk ke kelas, saya terpandang satu iklan yang ditampal di tepi lif tersebut. Antara petikan iklan itu ialah:
Nak Print Murah????
Datang jap jer kat umah ..1**
Hitam-10 sen
Colour-20 sen
Jangan malu-malu yup, meh ramai2 kat uma saya....




ULASAN
Berdasarkan iklan tersebut, saya dapati terdapat begitu banyak kesalahan bahasa. Salah satu daripadanya ialah penggunaan kata singkatan yang menjadi trend masyarakat pada masa kini. Sebagai contoh:
Hendak=Nak
Kejap  =Jap
Rumah=Umah/ uma
Dekat  = Kat

Contoh di atas merupakan sebahagian daripada kata singkatan yang biasa digunakan oleh masyarakat pada sekarang. Hal ini berlaku kerana pengaruh globalisasi dan teknologi. Masyarakat sudah terbiasa menggunakan singkatan semasa berSMS, chatting dan sebagainya. Singkatan sebegini boleh merosakkan bahasa kita. Oleh sebab itu, kita sewajarnya menggunakan bahasa yang sebetulnya agar bahasa kita terpelihara dan tidak dicemari oleh unsur-unsur sebegini. Walaupun ia agak sukar untuk dilakukan, namun sekiranya kita membiasakan diri kita, perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan.

0 comments: