Selepas menunaikan solat Maghrib, saya sempat membelek buku Himpunan Doa sebagai panduan kepada saya. Pada satu halaman saya cuba memahami erti doa yang selalu saya baca dengan melihat terjemahan di bawah doa tersebut. Antara maksud doa yang selalu saya baca ialah:
“Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, memiliki kerajaan dan kepada-Nya lah segala pujian ditumpukan. Dia menghidupkan aku dan mematikan dan Dia amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”.
ULASAN
Berdasarkan kepada petikan makna doa di atas, saya mula terpikir tentang kesalahan yang sering kita lakukan tanpa disedari. Antaranya ialah menulis kata ganti nama bagi Tuhan dengan menggunakan huruf kecil. Contohnya dia atau engkau (gelaran yang digunakan semasa berhubung dengan Tuhan). Kesalahan ini biasa terjadi sekiranya kita perhatikan dalam buku-buku dan sebagainya. Ejaaan yang sebetulnya adalah seperti petikan makna doa di atas iaitu:
F Yang Esa
F Dia
Seterusnya kesalahan yang kedua biasa dilakukan oleh sesetengah orang ramai ialah tidak menggunakan kata sempang bagi kata ganti diri nya untuk merujuk Tuhan. Sekiranya menulis kata ganti diri Nya bagi Allah, kita seharusnya meletakkan tanda sempang (-) sebelum Nya iaitu;
F bagi-Nya
F kepada-Nya
Perlu diingat, perkara Nya selepas tanda sempang (-) mestilah ditulis huruf besar kerana ia merupakan kata nama khas yang merujuk kepada Allah atau Tuhan.
0 comments:
Post a Comment