BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 15, 2011

BAHASA ALKAIK



SITUASI

Ketika membuat rujukan untuk tugasan Semantik, saya terjumpa beberapa baris ayat yang ditulis pada batu Bersurat Kuala Berang Terengganu. Antara petikan tersbut ialah:

Hatta beberapa lamanya maka Sultan Malikul Mahmud pun besarlah ia, maka ialah dirajakan oleh nenenda baginda kerajaan di negeri Pasai itu.

ULASAN

Berdasarkan petikan di atas, saya amat tertarik dengan perkataan Hatta. Sekiranya dilihat pada masa sekarang, perkataan ini sudah jarang atau tidak digunakan lagi. Perkataan ini biasanya kta temui pada teks-teks lama seperti yang terdapat pada batu Bersurat Kuala Berang ini. Perkataan Hatta tergolong dalam perkataan alkaik iaitu perkataan lama yang jarang dipakai atau sudah kuno dan mati. Hakikatnya saya tidak mengetahui sebab bahasa alkaik sudah jarang diguna dan ditemui pada masa sekarang. Mungkin penggunaannya tidak gramatis dalam ayat atau mungkin juga bahasa Melayu telah mengalami perubahan seiring dengan waktu. Oleh sebab itu, bahasa ini jarang ditemui penggunaannya pada masa sekarang dan boleh dikatakan semakin pupus dan hilang dalam dunia Melayu. Pada pendapat saya, hal ini merupakan satu kerugian dalam dunia bahasa Melayu sendiri kerana telah mengabaikan bahasa yang digunakan nenek moyang pada suatu masa dahulu. Seharusnya kita mengekalkan bahasa ini agar generasi akan datang mengetaui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri.

SAYANGI BUMI KITA!!


SITUASI


Situasi berikutnya ini berlaku ketika saya memasuki sebuah pasaraya di Behrang. Ketika hendak membuat bayaran, saya terlihat satu poster yang ditampal di dinding berhampiran kaunter bayaran.  Pada poster tersebut ditulis:

Selamatkan bumi kita. Kurangkan penggunaan beg palstik kerana ia mengundang banyak keburukkan. Sabtu hari tanpa beg plastik.

ULASAN

Berdasarkan situasi di atas, terdapat satu kesalahan bahasa telah dikesan oleh saya iaitu ejaan bagi perkataan keburukkan. Hal ini kerana, dalam bahasa Melayu, tidak wujud imbuhan apitan ke-...-kan sebaliknya yang wujud ialah imbuhan apitan ke-...-an. Oleh sebab itu, perkataan keburukkan salah kerana menggunakan imbuhan apitan ke-...-kan bagi kata dasar buruk.  Ejaan yang sebetulnya ialah keburukan. Oleh sebab itu, masyarakat perlu peka dengan masalah ini kerana ia boleh merosakkan bahasa ibunda kita.

Sunday, March 13, 2011

03.03.11

SITUASI

Setelah menyiapkan tugasan individu, tiba-tiba kawan saya datang ke bilik dan bertanyakan tarikh tugasan tersebut perlu dihantar. Lalu saya melihat kalendar di sebelah kanan meja saya kerana segala tarikh penting akan saya catatkan. Semasa sedang memerhatikan kalendar tersebut, saya memandang ruangan kalendar yang bertarikh 3 Mac 2011. Pada ruangan tarikh tersebut saya menandakan tarikh ulang tahun kelahiran anak saudara saya. Antara ayat yang digunakan saya ialah:

 “Hari Jadi Aqil ke5”

Pada masa yang sama, saya mengesan kesalahan bahasa yang digunakan oleh saya iaitu “ke5”.

ULASAN

Berdasarkan situasi di atas, didapati saya melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan kata sempang (-) selepas penggunaan kata sendi ke dan kata bilangan 5. Kesalahan ini berlaku kerana ruangan untuk menanda tarikh penting pada kalendar tersebut agak kecil dan telah mengehadkan saya untuk menulisn ayat yang panjang. Namun begitu, saya telah menyedari kesalahan itu dan tidak akan mengulanginya lagi terutamanya ketika melakukan penulisan rasmi mahu pun tidak rasmi. Oleh itu, ejaan yang betul bagi perkataan yang menggunakan kata sendi ke yang diikuti oleh kata bilangan ialah ke-5.

Allah Maha Esa





SITUASI

Selepas menunaikan solat Maghrib, saya sempat membelek buku Himpunan Doa sebagai panduan kepada saya. Pada satu halaman saya cuba memahami erti doa yang selalu saya baca dengan melihat terjemahan di bawah doa tersebut. Antara maksud doa yang selalu saya baca ialah:

 “Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, memiliki kerajaan dan kepada-Nya lah segala pujian ditumpukan. Dia menghidupkan aku dan mematikan dan Dia amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”.

ULASAN

Berdasarkan kepada petikan makna doa di atas, saya mula terpikir tentang kesalahan yang sering kita lakukan tanpa disedari. Antaranya ialah menulis kata ganti nama bagi Tuhan dengan menggunakan huruf kecil. Contohnya dia atau engkau (gelaran yang digunakan semasa berhubung dengan Tuhan). Kesalahan ini biasa terjadi sekiranya kita perhatikan dalam buku-buku dan sebagainya. Ejaaan yang sebetulnya adalah seperti petikan makna doa di atas iaitu:
F Yang Esa
F Dia

Seterusnya kesalahan yang kedua biasa dilakukan oleh sesetengah orang ramai ialah tidak menggunakan kata sempang bagi kata ganti diri nya untuk merujuk Tuhan. Sekiranya menulis kata ganti diri Nya bagi Allah, kita seharusnya meletakkan tanda sempang (-) sebelum Nya iaitu;
F bagi-Nya
F kepada-Nya

Perlu diingat, perkara Nya selepas tanda sempang (-) mestilah ditulis huruf besar kerana ia merupakan kata nama khas yang merujuk kepada Allah atau Tuhan.

Thursday, March 10, 2011

KELAKAR

SITUASI
Situasi ini berlaku antara saya dengan penduduk kampung saya. Saya memanggilnya dengan gelaran Mak Tua. Ketika sedang bercakap dengan Mak Tua, beliau menceritakan tentang kebakaran yang pernah berlaku di kampung berdekatan. Menurut Mak Tua, mangsa kebakaran tersebut tinggal sehelai sepunggung dan tidak dapat menyelamatkan barangannya.

ULASAN
Berdasarkan perbualan antara saya dan Mak Tua itu, saya dapati Mak Tua telah menggunakan perumpamaan yang salah iaitu sehelai sepunggung. Perumpamaan yang sebetulnya ialah sehelai tiada apa-apa yang tinggal atau diselamatkan melainkan dirinya sendiri. Perumpamaan ini tidak boleh diubah kerana sebagaimana yang saya pelajari, perumpamaan terkandung di bawah peribahasa. Peribahasa itu sendiri membawa maksud susunan kata yang tidak boleh diubah dari segi susunan kata atau perkataannya. Oleh sebab itu, sehelai sepinggan tidak boleh diubah menjadi sehelai sepunggung kerana perkataan tersebut mungkin boleh membawa maksud yang berbeza daripada maksud asalnya.

PERKATAAN YANG TELAH MANTAP BINAANNYA

SITUASI
Situasi ini berlaku di sebuah klinik. Hari ini saya ke Klinik Dr. Mazlan di pekan Tanjong Malim. Saya ke sini kerana ingin mengambil ubat cirit-birit. Saya diberikan tiga jenis ubat dan ubat tersebut perlu diambil pada waktu pagi, petang dan malam. Oleh itu, sebelum saya memakan ubat yang diberikan, saya terlebih dahulu membaca aturannya. Pada plastik ubat tersebut ditulis Pagi, Tengah hari, Petang dan Malam. Di sini, saya secara tidak langsung mengesan satu kesalahan bahasa iaitu Tengah hari.




ULASAN:
Pada pendapat saya, ejaan bagi perkataan tengah hari adalah salah. Hal ini kerana, perkataan tengah dan hari perlu dieja rapat dan bukannya berasingan. Alasannya adalah kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang telah mantap binaannya dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, ahli-ahli bahasa telah menetapkan ejaan yang betul bagi perkataan tengah hari ialah tengahari.

PENGGUNAAN KATA SENDI YANG SALAH

SITUASI
Dalam perjalanan pulang ke Tanjong Malim dari Subang Jaya, saya singgah sebentar di Mydin Mall Subang Jaya untuk membeli barangan keperluan. Saya perlu melalui bahagian barangan mentah untuk ke bahagian makanan seperti roti dan pastri. Saya sempat menjeling pada tanda-tanda harga yang diletakkan pada barangan di pasar raya tersebut  kalau-kalau ada kesilapan ejaan atau sebaliknya yang boleh saya letakkan dalam blog saya. Apabila tiba di bahagian ikan, saya mengesan satu kesalahan bahasa pada papan tanda harga, yang tertulis;




ULASAN
Berdasarkan situasi di atas, perkataan keatas adalah salah kerana perkataan ke dan atas dieja rapat. Ke merupakan kata sendi nama manakala atas pula merupakan kata arah. Dalam bahasa Melayu, kata sendi yang diikuti dengan kata arah perlu dieja berasingan. Oleh sebab itu, ejaan yang sebetulnya bagi kesalahan tersebut ialah ke atas (dieja terpisah).