BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 26, 2011

AKU KOMEN ORANG,ORANG KOMEN AKU!!

SITUASI:
Ketika sedang melayari sebuah laman web hiburan, saya terbaca satu petikan kata-kata seorang penerbit tanah air yang terkenal iaitu David Teo. Antara petikan kata-kata beliau ialah:

“untuk menjadi seorang pelawak yang bagus, kita perlu mempersembahan lawak yang bagus dan bermutu yang mampu membuatkan orang gelakkan lawak kita”.

Kata-kata ini diucapkan oleh beliau ketika memberi komen kepada salah seorang daripada peserta Raja Lawak.



ULASAN:
Sekiranya kita membaca secara imbasan kata-kata David Teo tersebut, mungkin kita merasakan tiada masalahnya dengan kata-kata yang diucapkannya itu. Namun begitu, dari segi bahasa, terdapat kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau. Kesalahan tersebut terdapat pada perkataan mempersembahan. Perkataan tersebut sebenarnya salah sama sekali. Hal ini adalah kerana, David Teo telah menggunakan imbuhan apitan yang salah iaitu memper-...-an. Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ini tidak wujud. Imbuhan sebetulnya yang patut digunakan oleh beliau ialah imbuhan apitan memper-...-kan iaitu mempersembahkan. Namun begitu, kesalahan ini mungkin tidak disengajakan oleh beliau kerana sebagaimana kita sedia maklum, beliau berketurunan Cina. Oleh sebab itu, kesalahan yang dilakukan beliau mungkin disebabkan tersasul atau bahasanya agak pelat kerana sudah biasa berbahasa Cina. Namun begitu, kita seharusnya berbangga kerana kaum Cina di negara kita mampu menguasai bahasa Melayu dengan agak baik terutamanya ketika berkomunikasi dengan kaum lain selain sesama mereka.

0 comments: