BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 17, 2011

Permulaan Diari


SITUASI :
Situasi ini berlaku ketika saya ingin membuat bayaran setelah membeli barang di sebuah pasar raya di pekan Tanjong Malim. Ketika sampai giliran saya untuk membuat bayaran, tiba-tiba seorang lelaki India datang dan menghempas barang yang dibelinya di meja bayaran. Dengan muka yang garang dan suara yang lantang, dia memaki hamun juruwang yang bertugas. Antara ayat yang digunakannya ialah :
 “tak guna punyer orang, korang sudah tipu sama aku. Aku nak duit aku balik. Cepat bagi !!".
ULASAN:
Pada pendapat saya, lelaki India tersebut tidak sewajarnya berkelakuan sedemikian kerana pada masa itu, terdapat ramai orang awam di dalam kedai tersebut. Perbuatannya yang memaki hamun dan mengeluarkan perkataan kesat kepada juruwang tersebut sangat teruk kerana dia bukan sahaja menjatuhkan maruah juruwang tersebut malahan turut merendahkan maruah dan martabat dirinya sendiri. Hal sedemikian kerana, dia melakukan perbuatan tersebut di hadapan anak-anaknya. Dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya dengan mengeluarkan perkataan yang lebih sopan. Tambahan lagi, lelaki India itu boleh menggunakan cara yang lebih baik iaitu dengan melakukan rundingan dengan pengurus kedai dengan menggunakan bahasa yang lebih baik dan bersopan.

0 comments: