SITUASI 2:
Situasi berikutnya berlaku di dalam sebuah bank. Ketika itu adalah waktu puncak, iaitu pada pukul 12 30 tengah hari. Pada masa itu, keadaan di dalam bank sangat sesak dengan orang ramai. Tambahan lagi kerani yang ada di kaunter hanyalah tiga orang kerana yang selebihnya keluar rehat tengah hari. Ketika saya sedang berurusan di kaunter 2, saya terdengar suara seorang kerani memarahi seorang pak cik tua di kaunter bersebelahan. Sebabnya, pak cik tersebut terlepas nombor gilirannya. Antara petikan kata-kata kerani tersebut ialah:
“Pak cik cuba tengok nombor. Sekarang nombor berapa? Lain kali mata tu jangan lari daripada skrin, lihat jer kat skrin nombor tu”.
ULASAN:
Ayat “Lain kali mata tu jangan lari daripada skrin, lihat jer kat skrin nombor tu”, yang digunakan oleh kerani bank tersebut merupakan ayat yang berbentuk sindiran. Kerani bank itu tidak seharusnya menggunakan ayat sindiran tersebut tambahan lagi kepada orang yang lebih tua daripadanya. Sepatutnya kerani tersebut menggunakan ayat yang lebih lembut untuk menegur pelanggannya dan bukannya dengan nada sindiran. Tambahan lagi kerani bank tersebut berbangsa Melayu, sepatutnya beliau mempunyai adab dan tatasusila dalam pengucapan dan menjaga kata-kata yang diucapkannya. Hal ini kerana, orang Melayu sememangnya kaya dengan adab dan tatasusila terutamanya dalam berbahasa.
0 comments:
Post a Comment