SITUASI 3:
Situasi ini berlaku di dalam kelas ketika seorang daripada rakan sekelas saya mengadakan perbentangan tugasannya. Ketika melakukan perbentangan tersebut, dia telah melakukan satu kesalahan bahasa tanpa dia sedari. Namun begitu, saya dan rakan sekelas yang lain menyedarinya. Kesalahan bahasa yang dikesan ialah, dia menggunakan penjodoh bilangan yang salah iaitu sepucuk kotak.
ULASAN :
Kesalahan yang dilakukan oleh rakan sekelas saya itu merupakan kesalahan kecil namun begitu ia boleh mendatangkan kesan yang besar pada kemudian hari. Tambahan lagi, dia bakal menjadi guru Bahasa Melayu. Sepatutnya dia tidak membuat kesalahan kecil sebegitu. Penjodoh bilangan yang betul bagi kotak ialah sebuah kotak. Kesalahan yang dilakukan oleh rakan saya tersebut mungkin akan mengelirukan pelajar yang bakal dididiknya. Sebagai seorang guru bahasa, dia sepatutnya peka dengan keadaan ini. Dia seharusnya sudah mahir menggunakan penjodoh bilangan kerana sebelum ini kami telah mengikuti kursus Morfologi dan juga Sintaksis. Namun begitu, mungkin kesalahan yang dilakukan olehnya ini bukan disengajakan. Hal ini kerana, mungkin rakan saya itu sangat gementar apabila berada di hadapan khalayak ramai. Oleh sebab itu dia telah melakukan kesalahan kecil yang tidak seharusnya dia lakukan. Namun demikian, kesalahan ini masih belum terlambat untuk dibaiki. Hal ini kerana kita sepatutnya menegur kesalahan tersebut dengan segera supaya dia menyedarinya sebagaimana yang telah dilakukan oleh pensyarah kami ketika itu.
0 comments:
Post a Comment