BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

KELIRU...

SITUASI :
Hari ini semua pelajar kursus Ketrampilan Penulis diwajibkan menghadiri seminar yang diadakan di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun pada pukul 2 petang. Seminar tersebut membicarakan isu semasa iaitu mengenai novel Interlok karya Abdullah Hussain. Seminar ini tamat pada pukul 4 30 petang. Sebelum pulang ke kolej, saya dan rakan-rakan ingin membeli sesuatu di kedai komputer BHL di Taman Universiti. Ketika ingin melintas jalan di hadapan Pintu Timur kampus, berlaku perbualan antara saya dan rakan-rakan baik saya.

Saya: Sarah, Thirah, jom la lintas jalan.
Maisarah: Ramainya kereta. Macam mana nak lintas ni???
Athirah: Sabar la Ziha, Sarah jangan lintas lagi. Kan tak pasal-pasal kena langgar.

PENDAPAT:
Berdasarkan situasi yang berlaku antara saya dan rakan-rakan saya, didapati salah seorang daripada rakan saya telah menggunakan bahasa yang salah ketika bertutur.  Perkataan yang salah itu ialah, menggunakan kata ‘ramai’ bagi menunjukkan jumlah kereta pada masa itu. Perkataan ramai sesuai digunakan untuk menentukan jumlah manusia manakala bagi benda lain selain manusia perlu menggunakan perkataan ‘banyak’. Kesalahan tersebut mungkin tidak disengajakan oleh rakan saya. Kesalahan ini biasanya jarang berlaku terutamanya dalam kalangan orang dewasa. Kesalahan ini biasanya berlaku pada kanak-kanak yang masih keliru dengan penggunaan perkataan ‘ramai’ dan ‘banyak’. Saya berpendapat bahawa rakan saya tersebut hanya tersasul apabila bercakap dan bukannya kesalahan yang disengajakan.

0 comments: