BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

MAKAN KE MINUM????????

SITUASI:

Hari Selasa merupakan hari yang amat memenatkan bagi saya. Hal ini kerana, hari ini kelas agak padat iaitu dari pukul 8 pagi hingga pukul 7 malam. Petang tadi, pensyarah membenarkan kami keluar agak lewat daripada biasa iaitu pada pukul 6 45 petang. Biasanya kami dilepaskan agak awal iaitu pada pukul 6 petang. Hendak dijadikan cerita, ketika saya pulang ke rumah, saya melihat rakan serumah berkumpul di meja makan untuk makan malam. Sebelum mandi, saya sempat tumpang sekaki berbual bersama-sama dengan mereka.
Ketika kami sedang asyik berbual, datang salah seorang daripada rakan serumahku sambil mengetuk-ngetuk sudu di tangannya. Kami agak hairan dengan perbuatannya itu. Pada masa itu, berlakulah perbualan antara kami :

Aku: Iha, hang nak buat apa ngan sudu tue?
(Fariha berasal daripada Kedah)
Fariha: Aku lapaq la. Aku nak makan ayaq.
Aku: Haa makan ayaq????
(Nada yang agak hairan)
Fariha: Yelah. Kat Kedah kalau dahaga kitorang cakap lapar.
Aku: Owh yeke. Maaf la tak tau.



ULASAN:
Berdasarkan situasi di atas, dapat disimpulkan bahawa bahasa itu adalah bervariasi. Maksudnya, bahasa itu adalah pelbagai dan cabangnya adalah sangat luas. Sebagaimana di atas, penduduk Kedah menggunakan perkataan ‘makan ayaq’ (makan air) bagi menyatakan mereka dahagakan air ataupun ingin meminum air. Hal ini bermakna, bahasa itu adalah pelbagai sekiranya digunakan mengikut daerah yang tertentu. Tetapi maksud yang hendak disampaikan adalah sama walaupun perkataan yang digunakan berbeza. Contohnya makan air sama maksudnya dengan dahaga air. Cuma yang membezakannya ialah perkataan makan, yang secara umumnya digunakan ketika hendak memamah atau menelan makanan. Manakala apabila ingin meneguk atau menelan air, umumnya kita akan menggunakan perkataan minum. Namun begitu, orang-orang Kedah menggunakan perkataan makan sama ada untuk makan ataupun minum. Oleh sebab itu, kita seharusnya berbangga kerana Bahasa Melayu bersifat bervariasi. Setiap negeri di Malaysia ada dialeknya tersendiri. Oleh itu, berbanggalah dengan sifat yang ada pada bahasa kita.

0 comments: